#9 : Sebait di dinihari resah

No comments

Awan pagi terasa pekat mengait dinihari
Embun shubuh bercampur sisa-sisa hujan suri
.. Hati yang berserah berbaring menunggu pasrah
.. Menuai garizah berbalur selempang berwarna merah. Darah.
.. Penaku menakik nurani mengeluarkan tetesan nanah
.. Butiran wasangka dalam wadah-wadah ia ditadah
Tiada juakah habis tuba meruah?
Tiada juakah bebat rasa melemah?
Sedang jemari menengadah
Sanubari beriring sama melangkah
Satu arah menuju Ilah.

Tinggalkan Balasan